Sunday, September 5, 2010

Sudah besar anak mama

Sudah besar anak mama..kata2 yg seringkali ku terima apabila ku meningkat usia.

Aku pasti kehidupan ini akan lebih bahagia jika orang yang kita sayangi selama ini sentiasa berada di sisi kita.......
Sentiasa berada di sisi kita utk bersama2 menyambut hari2 bahagia,berkongsi kisah suka duka bersama,bergelak ketawa,bergurau senda kerana kita sedar yang selama ini kita membesar di atas dasar kasih sayang sesama insani.Kisah suka duka kita lalui bersama-sama,terkadang pahit terkadang manis itu sebagai pengalaman utk mematangkan diri kita menjadi lebih dewasa hendaknya.

Aku sedar yg mungkin kehidupan ini terlalu singkat bagiku utk meluahkan perasaan cintaku kepada keluarga tercinta......
Terlalu singkat bagiku,kerana mungkin kebanyakan waktu hidupku digunakan utk merantau mencari ilmu semata2.Aku alpa utk menjalankan tanggungjawab ku sebagai anakmu,aku lolos akan rentak dunia,hingga akhirnya aku tidak sedar akan pengorbanan mu selama kehidupan ini.Dengan berkat doamu ibu, aku harap suatu hari nanti jarak yg memisahkan kita akan membawa seribu satu kenangan hendaknya.

Hari demi hari,detik demi detik,aku tetap tabah.......
Aku tetap tabah mengaharungi hari2 muka,karena jauh di sudut hati ini aku menyimpan harapan utk melihat detik yang tercipta selama ini adalah permulaan perjalanan detik bahagia di hari2 muka.

1 comment:

nurulmasrol said...

farish, ble nk update blog??hehe