Saturday, May 21, 2011

serius

Gua sekarang tgh belajar buat sup.Gua kena serius.
Bab2 makan gua kena serius,senang nanti nak berjimat bwk bekal pergi kerja.
Makcik2 tempat kerja gua nanti mesti bercita2 nak jadika gua menantu depa.

Apa salahnya bermimpi sekali-sekala. ye dok?

Monday, May 16, 2011

busker yang hebat

Malam2 minggu satu masa dahulu, kalau bosan saya mesti suka ajak teman2 rumah saya untuk kuar minum sebentar.Bukannya nak lepak buat kerja tak tentu arah ape,sekadar hendak berborak dan merehatkan minda sahaja.Bagi saya minum teh tarik malam2 mmg sgt menenagkan,pekena sehirup dua dah boleh buat mata anda mengantuk dan mudahlah untuk mendapatkan tidur yang sempurna nanti.

Ade satu malam tu di sekitar area bahu jalan setia budi,2010 saya menonton seorang mamat busking.Mamat nie berambut kerinting,sedikit2 ikal n panjang juga rasanya mcm boleh smpi ke bahu. Sekali pandang nmpk mcm gaya Johnny be goode ,dua kali pandang nmpk mcm gaya penagih pun ade.Myby sbb dress up die yg agak selekah kot.Tapi ape2 pun bagi saya die ade gaye n stail yang tersendiri.Bagi sayalah,tapi bagi orang lain saya tak tahu lah.

Hmmmm,cara penampilan mamat nie mmg berbeza dgn busker2 yang saya selalu lihat di sekitar kota indonesia nie.Tak pernah lagi saya melihat seorang busker yang berpakaian seperti ala2 hendak tunjuk perasaan mcm tue dgn baju dan seluar dicat2 merah putih,penuh dgn tulisan2 patriotisme di seluruh sudut pakainnya.Mmg pelik tapi itulah realitinya.Cuma penampilannya memang selekeh kesan dari pengalaman masa lalu mungkin, rugged, gelandangan, berkaca-mata bulat hitam. Memang berkharisma dan punya keyakinan tahap tinggi. Ha ha ha

Malam tu kalau tak salah saya die byk main lagu patriotisme secara medley.Entahlah dari selection lagu-lagunya memang boleh kata saya tak pernah dengar langsung sumanya,maklumlah mungkin sbb negara mereka so lagu2 yg berunsurkan negara orang lain mmg tak hairanlah kalau kita tidak mengetahuinya.Tapi disebabkan gaya dan semangat beliau menyanyikan rangkap demi rangkap membuatkan saya terpikat dan dari situ timbul rasa hormat ke atas beliau.

Memang dah jadi culture kat sini apabila selesai seorang busker tue menyanyi diorg akan pusing sekitar meja makan kita sambil mengharapkan derma ikhlas dari pendengar-pendengarnya.Bukannya nak mengharap belas simpati dari kita semua,tetapi cuma berharap ade yg menghargai bakatnya supaya bolehlah dari hasil rezeki itu dia mengisi perutnya yang pasti lapar setelah lelah seharian bekerja.

Sewaktu die dtg ke meja saya,die hanya tersenyum lebar melihat ada anak-anak muda yang kagum dan menghargainya.Die sempat juga menasihati agar jangan memandang 'sepele'(rendah dlm bhs melayunya) kepada orang lain kerana tak semestinya apa yg kita lihat hari ini akan terus kekal selama-lamanya.Mungkin pada masa mendatang die akan lebih baik dari kita.Siapa yang tahu? Ada juga die berulang kali menyuruh agar hormati orang tua,hormati orang tua.Hampir mcm itulah ape yang die cuba smpikan kepada saya.Selepas hari tu saya dah tak pernah lagi melihat kelibatnya.

Mungkin itu kali pertama dan terakhir rasanya.Semoga die sukses dlm hdupnya.Aminnnnnn.

Saturday, May 14, 2011

At the end of the day

Lately,buat suma benda rasa mcm tak in je rasanya.Entah lah myby gua dah tak se"cherish" mcm dulu lagi. Gua lebih prefer dengan imej pesimis dan berdiam diri dlm bilik, touch2 up sket kerja2 sekolah,duduk dpn lappy tuka2 wallpapers,bila lapar makan nasi n bila ngantok tido lah.Dlm fridge gua dh prepare junk foods mcm2 so that kalau lapar sng gua nak cari jalan penyelesaian. Myby mood nak blk mysia dh dekat so gua nak habeskan mase dgn menikmati hdup dekat perantauan nie. Gua taknak buat kerja gila ape2,gua nak rileks2 je. Tenangkan diri.

Gua kuar pun kadang2,kuar pun sbb membe ajak. Tak ajak,maka bertapalah dlm gua keramat gua nie.Kalau ajak pergi berhibur,karoke sini sana gua rasa mcm tak "in" mane so gua tolak baik2.Kalau diorg ajak makan gua akan pikir 2 hingga 3 kali untuk tolak. Bab2 makan gua kena amik serius sket. Akhir2 pekan nie gua lagi suka kalau diorg ajak gua keluar memancing sambil merokok. Entah lah gua rasa mcm tenang sahaja apabila duduk bersila sambil memancing sambil merokok. Sela2 waktu gua akan isi dengan berborak2 hal2 dunia dan kehidupan remaja dgn membe gua. Kdang2 tue termasuk juga bab2 politik dan hukum agama.

Setelah sekian lama gua beljar dh nak habis juga akhirnya.Gua rasa mcm terharu dan sedeh juga kadang2 apabila memikirnya. Bukan nya apa,gua tak sangka yg gua boleh ada sampai tahap ini sebenarnya. Gua bukannya rajin dan pandai mane,tapi myby rezeki kurniaanNYA yg boleh buat gua terus berada di sini.Aminnnn :D




Mark Almond-to the heart.

Tuesday, May 10, 2011

akhir dunia rasanye

Sekarang musim panas.Die punya panas lain mcm punya rasa.Ramai org mengeluh sini dan sana.Gua tgk org2 beriman tenang dan cool2 saja.Dres up biase2 dan kejap2 insya-allah, kejap2 astaghfirullah.

Gua hanya lihat,senyum dan tenang lebih bagus dpd berkata apa-apa.

Sebulan lepas musim banjir.Hujan punya turun lain mcm punya kekerapannya.Rumah2 kat tanah rendah dah boleh sedia2 beli mop lantai baru rasanya.Kanak2 yang suka mandi sungai,inilah masanya hari kanak-kanak sedunia. Tapi.... balik2 ade juga org mengeluh sini dan sana.

Gua hanya berseluar tido bunga2,senyum,sambil mengelap lumpur.Dalam hati kecil berdetak,akhir dunia rasanye:D