Malam2 minggu satu masa dahulu, kalau bosan saya mesti suka ajak teman2 rumah saya untuk kuar minum sebentar.Bukannya nak lepak buat kerja tak tentu arah ape,sekadar hendak berborak dan merehatkan minda sahaja.Bagi saya minum teh tarik malam2 mmg sgt menenagkan,pekena sehirup dua dah boleh buat mata anda mengantuk dan mudahlah untuk mendapatkan tidur yang sempurna nanti.
Ade satu malam tu di sekitar area bahu jalan setia budi,2010 saya menonton seorang mamat busking.Mamat nie berambut kerinting,sedikit2 ikal n panjang juga rasanya mcm boleh smpi ke bahu. Sekali pandang nmpk mcm gaya Johnny be goode ,dua kali pandang nmpk mcm gaya penagih pun ade.Myby sbb dress up die yg agak selekah kot.Tapi ape2 pun bagi saya die ade gaye n stail yang tersendiri.Bagi sayalah,tapi bagi orang lain saya tak tahu lah.
Hmmmm,cara penampilan mamat nie mmg berbeza dgn busker2 yang saya selalu lihat di sekitar kota indonesia nie.Tak pernah lagi saya melihat seorang busker yang berpakaian seperti ala2 hendak tunjuk perasaan mcm tue dgn baju dan seluar dicat2 merah putih,penuh dgn tulisan2 patriotisme di seluruh sudut pakainnya.Mmg pelik tapi itulah realitinya.Cuma penampilannya memang selekeh kesan dari pengalaman masa lalu mungkin, rugged, gelandangan, berkaca-mata bulat hitam. Memang berkharisma dan punya keyakinan tahap tinggi. Ha ha ha
Malam tu kalau tak salah saya die byk main lagu patriotisme secara medley.Entahlah dari selection lagu-lagunya memang boleh kata saya tak pernah dengar langsung sumanya,maklumlah mungkin sbb negara mereka so lagu2 yg berunsurkan negara orang lain mmg tak hairanlah kalau kita tidak mengetahuinya.Tapi disebabkan gaya dan semangat beliau menyanyikan rangkap demi rangkap membuatkan saya terpikat dan dari situ timbul rasa hormat ke atas beliau.
Memang dah jadi culture kat sini apabila selesai seorang busker tue menyanyi diorg akan pusing sekitar meja makan kita sambil mengharapkan derma ikhlas dari pendengar-pendengarnya.Bukannya nak mengharap belas simpati dari kita semua,tetapi cuma berharap ade yg menghargai bakatnya supaya bolehlah dari hasil rezeki itu dia mengisi perutnya yang pasti lapar setelah lelah seharian bekerja.
Sewaktu die dtg ke meja saya,die hanya tersenyum lebar melihat ada anak-anak muda yang kagum dan menghargainya.Die sempat juga menasihati agar jangan memandang 'sepele'(rendah dlm bhs melayunya) kepada orang lain kerana tak semestinya apa yg kita lihat hari ini akan terus kekal selama-lamanya.Mungkin pada masa mendatang die akan lebih baik dari kita.Siapa yang tahu? Ada juga die berulang kali menyuruh agar hormati orang tua,hormati orang tua.Hampir mcm itulah ape yang die cuba smpikan kepada saya.Selepas hari tu saya dah tak pernah lagi melihat kelibatnya.
Mungkin itu kali pertama dan terakhir rasanya.Semoga die sukses dlm hdupnya.Aminnnnnn.
1 comment:
style beb... hahahha
Post a Comment