Tuesday, June 29, 2010

ada kalanya betul kata org gila

tatkala malam melabuhkan tirainya,sinar bulan mengambang memancarkan cahayanya,penulis lelah dengan aktiviti tidur sehariannya,kaki2 snooker pulang dari kerja judi hariannya,polis2 bertugas mencuri waktu kerjanya,kaki2 futsal bersama keringatnya,semuanya bersama2 berkumpul di suatu tempat yg sama dan dgn tujuan yg sama yaitu menonton perlawanan bola sepak piala dunia.

meja pilihan penulis biasalah di tepi corner berhadapan dengan layar kaca yg agak besar saiznya dan memuatkan utk 4 org sahaja.Nak dijadikan cerita,sedang asyik penulis menonton perlawanan bola sepak piala dunia dtglah seorang pemuda yg tidak dikenali identitinya dtg menegur penulis bersama teman2 temannya.Lumrah hidup bersaudara maka penulis menghulurkanlah ajakan bergaya supaya duduk lepak bersama karena tempat menonton perlawanan bola sepak piala dunia adalah terhad untuk tetamu terhormat sahaja.

duduklah dia dan selang beberapa ketika tanpa izin bicara tiba2 dia mula memulakan hujahnya."Budak yg sebelah berambut perang tu,bapaknya sibuk menyeru manusia menuju kejayaan tp anaknya tah kemana jadinya.penulis dan teman2 yg lain tergamam seketika karena mmg benar kata-kata si pemuda ini.Budak berambut perang itu adalah mmg sah anak kepada bilal di masjid daerah tempat penulis ini.musykil terus menyelubungi penulis?

hujah kedua,awk semua nie nampak baik tingkah lakunya dan perwatakannya,jangan siakan2 waktu muda,tunaikanlah solat dan jgn sesekali meninggalkannya.sekali lagi terkejut beruk kami semua?

hujah ketiga,sampai di sini shaja pertemuan kita,saya ada ibu yg sdg sakit dirumah...kerja,harta benda,wang,dan nama adalah bukan segala-galanya karena syurga seorg insan itu adalah di bwh telapak kaki ibunya.Penulis mula menitiskan air mata yg tah tak tahu kenapa?

penulis musykil dan terpinga,sejak penulis mengenali pemuda ini selama ini mmg diketahui yg insan istimewa ini mmg mengalami masalah jiwa sejak sekian lama.tp kenapa mlm ini ckpnya berfalsafah belaka?adakah sbb piala dunia?

p/s-sblm meninggalkan meja pemuda ini sempat berkata,x payahlah tgk semua ini,pakcik da tahu tahun ini yg brazil juara.agak yakin lontaran kata pemuda ini:D

No comments: